Sunday, July 30, 2006

Hampa


Deen adalah kanak2 istimewa yang amat meminati penyanyi AF Mawi.
Beliau mempunyai masaalah penglihatan tapi mempunyai daya ingatan yang amat tinggi.
Hampir semua lagu-lagu Mawi di hafalnya.Deen menyimpan semua koleksi album Mawi.

Oh tidak....Betapa hampanya dia apabila dia dapat tahu Mawi telah putus tunang.Deen keciwa
idolanya mempunyai masaalah sebegini.Selalunya bila bertemu dengan Deen mesti dia tidak
keberatan utknya mendendangkan sebuah lagu mawi.Tetapi tidak sekarang,dia kata dia dah
buang lagu2 Mawi dari ingatannya.

Dengan itu wahai Mawi...jangan mudah lupa daratan dan berhati-hati dengan manusia sekeliling
yang cuba mengambil kesempatan.

Wednesday, July 26, 2006

BOMBING EVERYBODY

great article. This says it all: "I didn't see any Hezbollah fighters in our village," says Mr. Chahine, "so why are they bombing there?" Because they are BOMBING EVERYBODY.
Posted by dirtyharriet0 on Tue, Jul 25, 2006 9:28 PM ET

Tuesday, July 25, 2006

From the Diary of an Almost 4-Year Old

Tomorrow the bandages will come off,

I wonder, will I see half an oven? Half an apple?

Half my mother's face with my one remaining eye?

I did not see the bulletBut felt its pain exploding in my head.

His image did not disintegrate.

The soldier with his big gun and steady hands.

And the look in his eyes I could not understand.

I can see him so clearly with my eyes closed,

It could be that inside our heads.

We each have one spare set of eyes

To make up for the ones we lose.

Next month, on my birthday,I'll have a brand new glass eye

Maybe things will look round and fat at the middle.I gaze through all my marbles,

They make the world look strange.

I hear a nine-month-old has also lost an eye,

I wonder if the soldier shot her too,

A soldier looking for little girls who look him in the eye.

I'm old enough, almost four,I've seen enough of life

But she's just a babyWho didn't know any better.

Monday, July 17, 2006

MAKRO CHERAS

Petang tadi dalam pukul 6 ptg, gue singgah sat beli stok meniaga d Makro Cheras.

Tiba di sana,power failure pulak tapi depa bukak juga..so gue carry on shopping.Malangnya time nak bayar ,cuma 2 kaunter pembayaran je yg buka.kaunter lain semua system down.Tak kesahlah dah blackout ,nak buat camno.Q jgn cerita le,panjang ya rabbi.Tetapi..yg buat aku sakit hati ialah..staff depa yg bangang2 tu.

Staff depa boleh ketawa suka ria,mungkin blackout tak payah kejalah....langsung tak ada rasa respect kat customer..Tengah aku Q..tiba2 aku rasa Q aku tak gerak,20min jugalah.kalu dlm kereta blh juga layan lagu tapi ni berdiri beb! Akupun tinjaule ke depan,rupa2nya kaunter tu last min down pulak! Tapi casher buat tak tau je...lansung tak de nak bagi tau atau minta maaf.Betul2 haprak lah customer service depa.Aku mula naik angin,mulanya aku nak bersuara tapi yg Q di depan aku semua otai otai lansung tak buka mulut..emmm mcm mana nak bersuara.
Aku pun lompat Q sebelah...bergerak ..tapi lambat juga.Setelah 45min berbaris barulah tiba giliran aku nak bayar.....nak tau tidak tanduk staff perempuan amat menyakitkan hati..Bersembang sembang sesama staff.mcm kita ni tunggul .lepas tu bersungut sungut yang dia tak rehat lagilah and then duk tekan keyboard mesin wang dgn kasarnya utk melepaskan rasa geram dan tak puashatinya.Aku rasa nak cakap kat betina tu...tak guna bertudung tapi kelakuan mcm haiwan tak tau hormat orang .
Makro sepatutnya ambil staff yg berkualiti bukannya nak cari untung je.......

Well that all....lega rasanya bila dah lepaskan perasaan melalui blog ni..

FRUSTRATED BEB!!!!

Hari ni topik utama perbualan lelaki2 macho kat ofis ialah pasal SITI.

Kira hari ini dalam sejarah..rupa2nya ramai fanatik Siti among my friends.
Selalunya kami tak pernah borakl pasal artis Malaysia ni..bosan. Tapi ari ni
Datuk K dah buat pasal ...elok-elok cerita pasal "car drifting"tiba2 keluar kat TV siaran langsung pengakuan siti ttg hubungannya dengan situa Datuk K tu.....Ada sorang kawan tu..sampai meroyan..terjerit-jerit.Aku ingat org lepas bersalin je meroyan.

Sebenarnya bukannya kami nakkan si siti tu...bukan standard kami pun,tapi cari le org yg lebih muda sikit.Entah2 Datuk tu macam bikut marry..jgn nyesal kemudian hari siti oooi.Ada ramai lagi jantan2 macho kat luar sana.Siti takkan tak tau background Datuk k tu...mak o.oi..buayo pun lari tengok dio..tapi nak buek camno....dah JODOH dio....anyway den totap tak pueh hati walaupun abah dia dah restui hubungan diorang.Ontah2 abah dio pun dah kono bayar tak!Dulu kurus ,sekarang dah gomok la pulak.

Friday, July 14, 2006

kini kau rasa

"DULU KAU BERKUASA, KAU LUPA SEGALA-GALA, KAU PERKENALKAN SLOGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH, TAPI KAU SENDIRI YANG LANGGAR.


KEHIDUPAN RAKYAT JELATA TAK KAU AMBIL KIRA, YANG KAU TAHU BUAT PROJEK MEGA, RAMAI RAKYAT YANG SUSAH TAK KAU AMBIL ENDAH, YANG PENTING BAGI KAU, MENG'KAYA' SAUDARA-MARA.

KAU SUBURKAN KRONISME DAN NEPOTISME, SAMPAI RAKYAT KAU SENDIRI PUN JADI PAPA, GEJALA RASUAH BERMAHARAJALELA, JENAYAH SEMAKIN BERLELUASA, KAU KATA KAU BENCI AMERIKA, TAPI KAU SENDIRI BINA KEM 'GUANTANAMO KEDUA' (KAMUNTING).

ORANG MELAYU SEMAKIN KETINGGALAN, KAU PULA TERUS MEMBAZIR MEMBINA MAHLIGAI, KAU KAWAL MEDIAMASSA, HINGGA RAMAI YANG KATA PEMBANGKANG SUDAH TIDAK WUJUD LAGI DI MALAYSIA.

BILA ADA INSAN YANG MULA TERSEDAR, KAU HANCURKAN HIDUP MEREKA, KAU PORAK-PERANDAKAN KELUARGA MEREKA, HINGGA KAU SANGGUP 'BUNUH' MEREKA.

TRAGEDI MEMALI TAKKAN DILUPAKAN, KERANA DEMOKRASI TELAH KAU BOGELKAN, BILA RAKYAT BERSUARA DI JALANAN, KAU BELASAH DENGAN BELANTAN, KEDALAM PENJARA MEREKA DICAMPAKKAN, 'DEMI KESELAMATAN NEGARA' KAU BERI ALASAN.

TAPI, BARU KINI KAU RASA!, BILA TIDAK LAGI BERKUASA, BETAPA PERITNYA MENJADI RAKYAT BIASA, TAK BOLEH BERKATA-KATA DAN BERSUARA.

BARU KINI KAU RASA!, BILA TIDAK LAGI BERKUASA, TINGGALLAH KAU 'SEBATANG KARA', DIMANA PERGI KAWAN-KAWAN YANG DULU BERSUMPAH TAAT SETIA?, YANG KINI HANYA TINGGAL SEKERAT DUA, ITUPUN BELUM 'CONFORM' BOLEH DIPERCAYA,

DULU KATA BILA PENCEN NAK DUDUK MAIN DENGAN CUCU KAT RUMAH, HAL NEGARA TAK NAK MASUK CAMPUR DAH, TAPI KINI KAU BISING TAK TENTU HALA, SAMPAI PENGGANTI KAU PUN KAU TAK PERCAYA, BENARLAH DULU KAU PERNAH KATA, 'MELAYU MUDAH LUPA'."

Thursday, July 13, 2006

BIRTHDAY TO U

25hb julai je my wife birthday.....my wife birthday je ,25hb julai

25hb julai je gaji keluar....gaji keluar je ,25hb julai...tak bole tukar kaaaa..

Anyway..Happy Birth day to my beloved wife. Avvvvvanzaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, July 10, 2006

Malaysia boleh! blah

Jangan terkejut ,Indonesia pernah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia!!!!Ia berlaku pada tahun 1938 di Perancis.Bagaimanapun pulang awal di pusingan pertama setelah di kalahkan 0-6 pada pasukan Hungary.

Bagaimana dengan Malaysia!!!!Baru-bari ini Datuk Ibrahim saat memberi
jaminan Malaysia akan layak ke Piala Dunia pada tahun 2018..Omak oooi...lamo nyo laie!! anyway, Malaysia bole!!!

PENGADIL TERLUPA

MICHEL VAUTROT,pengadil dari Perancis menambahkan masa kecederaan selama lapan minit dalam perlawanan separuh akhir Itali menentang Argentina
pada tahun 1990 kerana terlupa waktu perlawanan.

Sunday, July 09, 2006

RIVERBANK

ALKISAH....SALAH SEORANG SAHABAT TELAH MENGADAKAN MALAM PERASMIAN PEMBUKAAN RESTORAN MAKAN BARUNYA.HENDAK MENJADI BAHAN CERITANYA...DI MAJLIS ITU KERUSI TIDAK MENCUKUPI
BUAT TETAMU YANG HADIR PADA MALAM ITU.MAKA SEBAHAGIAN TETAMU TERPAKSALAH BERDIRI SAMBIL MENJAMU SELERA.SAHABAT TEMAN YANG JUGA TOKEY RESTORAN TELAH BERKALI2 MEMOHON
MAAF PADA PARA HADIRIN DI ATAS KEKURANGAN ITU.

PADA DALAM KESIBUKAN MELAYAN TETAMU..BERHENTILAH SEBUAH LORI!!!!DRIVER LORI ITU TURUN
BERTANYA PADA TEMAN YG KEBETULAN BERADA DI HADAPAN RESTORAN ITU..ENCIK!ENCIK!TUMPANG BERTANYA BOLE?..SAYA DAH PUAS CARI SATU BANK NI,TATAK JUMPA-JUMPA DARI TADI.DAH PUAS SAYA PUSING SATU BANDAR NI..SAYA RASA INI NAMA BANK BARULAH..

MAKA SAYA PUN TANYA APA NAMA BANK YG DIA CARI...JAWAPANNYA...RIVERBANK..

SAYA DAN TETAMU YG LAIN KETAWA TERBAHAK2 DAN TAULAH KENAPA KERUSI TAK SAMPAI2
DI RESTORAN SAHABAT TEMAN.