Friday, July 14, 2006

kini kau rasa

"DULU KAU BERKUASA, KAU LUPA SEGALA-GALA, KAU PERKENALKAN SLOGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH, TAPI KAU SENDIRI YANG LANGGAR.


KEHIDUPAN RAKYAT JELATA TAK KAU AMBIL KIRA, YANG KAU TAHU BUAT PROJEK MEGA, RAMAI RAKYAT YANG SUSAH TAK KAU AMBIL ENDAH, YANG PENTING BAGI KAU, MENG'KAYA' SAUDARA-MARA.

KAU SUBURKAN KRONISME DAN NEPOTISME, SAMPAI RAKYAT KAU SENDIRI PUN JADI PAPA, GEJALA RASUAH BERMAHARAJALELA, JENAYAH SEMAKIN BERLELUASA, KAU KATA KAU BENCI AMERIKA, TAPI KAU SENDIRI BINA KEM 'GUANTANAMO KEDUA' (KAMUNTING).

ORANG MELAYU SEMAKIN KETINGGALAN, KAU PULA TERUS MEMBAZIR MEMBINA MAHLIGAI, KAU KAWAL MEDIAMASSA, HINGGA RAMAI YANG KATA PEMBANGKANG SUDAH TIDAK WUJUD LAGI DI MALAYSIA.

BILA ADA INSAN YANG MULA TERSEDAR, KAU HANCURKAN HIDUP MEREKA, KAU PORAK-PERANDAKAN KELUARGA MEREKA, HINGGA KAU SANGGUP 'BUNUH' MEREKA.

TRAGEDI MEMALI TAKKAN DILUPAKAN, KERANA DEMOKRASI TELAH KAU BOGELKAN, BILA RAKYAT BERSUARA DI JALANAN, KAU BELASAH DENGAN BELANTAN, KEDALAM PENJARA MEREKA DICAMPAKKAN, 'DEMI KESELAMATAN NEGARA' KAU BERI ALASAN.

TAPI, BARU KINI KAU RASA!, BILA TIDAK LAGI BERKUASA, BETAPA PERITNYA MENJADI RAKYAT BIASA, TAK BOLEH BERKATA-KATA DAN BERSUARA.

BARU KINI KAU RASA!, BILA TIDAK LAGI BERKUASA, TINGGALLAH KAU 'SEBATANG KARA', DIMANA PERGI KAWAN-KAWAN YANG DULU BERSUMPAH TAAT SETIA?, YANG KINI HANYA TINGGAL SEKERAT DUA, ITUPUN BELUM 'CONFORM' BOLEH DIPERCAYA,

DULU KATA BILA PENCEN NAK DUDUK MAIN DENGAN CUCU KAT RUMAH, HAL NEGARA TAK NAK MASUK CAMPUR DAH, TAPI KINI KAU BISING TAK TENTU HALA, SAMPAI PENGGANTI KAU PUN KAU TAK PERCAYA, BENARLAH DULU KAU PERNAH KATA, 'MELAYU MUDAH LUPA'."

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home