Friday, August 25, 2006


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yang KEDEKUT ?
Orang yang kedekut ialah orang yang membiar atau membuang email ini begitu sahaja malah dia tidak akan menyampaikan pula pada orang lain.

Thursday, August 24, 2006

MALAY ENGLISH MORE SIMPLE

Who says Malaysian English is teruk ?
It is simple, short, concise, straight to the point, effective etc.........

WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS

Britons: I'm sorry, Sir, but we don't seem to have the sweater in your sizebut if you give me a moment, I can call the other outlets for you.

Malaysians: No Stock.

RETURNING A CALL

Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone page for me a few momentsago?

Malaysians: Hello, who page?

ASKING SOMEONE TO MAKE WAY

Britons: Excuse me, I'd like to get by. Would you please make way?

Malaysians: S-kew me

WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY

Britons: Hey, put your wallet away, this drink is on me.

Malaysians:No-need, lah.

WHEN ASKING FOR PERMISSION

Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enterthrough this door?

Malaysians: (pointing the door) can ar?

WHEN ENTERTAINING

Britons: Please make yourself right at home.

Malaysians: Don't be shy, lah!

WHEN DOUBTING SOMEONE

Britons: I don't recall you giving me the money.

Malaysians: Where got?

WHEN DECLINING AN OFFER

Britons: I'd prefer not to do that, if you don't mind.

Malaysians: Don't want la...

IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION

Britons: Err. Tom, I have to stop you there. I understand where you'recoming from, but I really have to disagree with what you said about theissue.

Malaysians: You mad, ah?

WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE

Britons: Excuse me, but could you please lower your voice, I'm trying toconcentrate over here.

Malaysians: Shut up lah!

WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU

Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for some time ... Do Iknow you?

Malaysians: See what, see what?

WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION

Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment.

Malaysians: Die-lah!!

WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED

Britons: Will someone tell me what has just happened?

Malaysians: Wat happen Why like that....

WHEN SOMEONE DID SOMETHING WRONG

Britons: This isn't the way to do it ... here let me show you

Malaysians: like that also don't know how to do!!!!

WHEN ONE IS ANGRY

Britons: Would you mind not disturbing me

Malaysians:Celaka u

TERTINDIH

Just to share...

aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni.......betulker kena tindihdisebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhlukhitam dan sebagainyer).....kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernahader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh.....aku tauaku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempapdah...lpsboleh gerak tu seram sejuk jer...

Tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia.....barula akutau kebenaran dia....
ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer sleep para'lysis'Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah conditionyang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary(sementara).....temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogicparalysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyakatauREM (rapid eye movement.....waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2)stage....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kiter kiramacam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activatingsystem RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RASni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jeryangon....kirenyer screensaver laaa or hibernate...so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awakestate....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suhswitch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuhseketika...before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar....tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atausebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuhetc....dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali denganhallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyipelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasamender sentuh/hempap dll..)sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla25. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetibaesok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)6. orang yang ader penyakit narcolepsy

Sumber:internet

Realiti sekarang

Kuliah Maghrib dah tak de lagi
dikir barat sampai pagi
sure heboh tiap2 negeri
mufti menegur terus dimaki
kes bunuh hari2
rompak ragut makin menjadi
aurat dah tak ambil peduli
termasuk bini para menteri
hukum hudud selalu dicaci
pelembagaan penjajah di junjung tinggi
pejuang islam ditangkap digari
bapak rasuah pula dipuji
inilah dia islam hadhari
i Al-ghazali yang kita cari
rupa2nya Mawi yang ditemui.....
dari kampung ke akademi
dari ngaji nak jadi penyanyi
hidup biasa kini sensasi
dari tsunami jadi tsumawi
menjadi idola masa kini
tapi skrg apa dah jadi
putus tunang bapa pula mati
dulu dijulang kini dicaci
konon mula dah lupa diri
ina ditatang kini di benci
alasan sudah takdir ilahi
alasan lapuk sejak azali
akhirnya putus kahwin tak jadi
hai kau ni mawi apa nak jadi....
kini pula kecoh hal siti
dah tiba masa nak dikahwini
oleh datuk tp bukan menteri
jauh lagi pemimpin tertinggi
kahwin pula nak ikut hati
tak de yang muda lekat dihati
yg tua juga pilihan hati
apa nak jadi kau ni siti..
datuk k tu pula tak sedar diri
dah tua bangka nak kahwin lagi
tak sedar diri anak dah berlari
bagi pompuan sekejab menjadi
alasan kahwin juga takdir ilahi
sudah jodoh harus dituruti
umum kahwin bagai nak umum menteri
jangan cerai udah cam erra ngan yusri.
cukup sudah tulisan ku ini
sebagai nasihat dan teladan hari ni
kisah 2 insan ini
kononnya role model masa kini
tercipta dari islam hadhari
yang jadi kebanggaan seantero negeri
bak tua dan juga muda mudi
akhir kata dariku ini
moga malaysia negara ku ini
cemerlang gemilang, terbilang lagi terperi
menjadi kebanggaan seluruh duniawi
bukan kerna siti dan mawi
tapi jadilah insan sejati
mencari jalan kebenaran hakiki
moga hidup selalu diredhai
amin....

KENTUT

Ini bukan lawak. Ini kenyataan!

S: Dari mana datangnya gas kentut?

J: Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut daridarah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalamperut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yangtinggal dalam perut.

S: Apakah yang membuatkan kentut busuk?

J: Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campurangas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyakpengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebihbanyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkanoleh bakteria dalam perut dan lebih busuk baukentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akanmenghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalamjumlah yang besar.

S: Kenapa kentut menghasilkan bunyi?

J: Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaandubur. Kekuatan bunyi bergantung kepadakelajuan pelepasan gas dan keketatan otot didubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkanpenggeleparan (flapping) pepipi punggung. Iniadalah suatu kesilapan.

S: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebihpanas dan senyap daripada kentut biasa?

J: Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udarayang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigenpula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur.Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagianyang kotor didalam perjalanannya ke pembukaandubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola(bubbles) yang besar dalam suhu tubuh.Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik(pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialahkentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria.Pembiakan dan proses penghadaman olehbakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenisgas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebihkecil, panas dan mempunyai kandungan hasilproses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilahyang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untukmenghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yanghebat.

S: Berapa kali seseorang itu kentut sehari?

J: Secara puratanya, seseorang bolehmenghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikankepada lebih kurang empat belas kentut sehari.Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadukentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentutdalam sehari adalah lebih mudah.

S: Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentutkita dihidu oleh orang lain?

J: Kentut tersebar bergantung kepada faktoratmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuanangin dan arahnya, berat molekul kentut itu danjarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidakdikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akanhilang ke persekitaran. Namun ianya terkecualijika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecildan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilikyang kecil. Tempat-tempat ini menghalangpenyerapan ke persekitaran dan akan kekalberbau untuk tempoh yang agak lama sehinggadiserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada selamasa 13-20 saat antara pelepasan danpengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentutberbau semenjak ianya keluar lagi, tetapimengambil masa beberapa ketika untuk dihiduoleh pengentut itu sendiri. Jika kentut bolehbergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita bolehbau pada masa yang sama kita kentut.

S: Adakah benar sesetengah orang tak pernahkentut?

J: Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia jugakentut sejurus selepas mati



Sunday, August 20, 2006

FILEM MELAYU DAN REALITI MASYARAKAT MELAYU

Assalamualaikum warahmatullah
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya.
Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem

Agaknya bahang Festival Filem Malaysia ke 19 yang berlangsung baru² masih lagi terasa di kalangan penggemar seni. Maklumlah, saya lihat di beberapa egrup yang saya sertai, terdapat perbincangan hangat mengenainya terutama isu pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Syarifah Amani (maaf kalau tersilap eja namanya) berkenaan bahasa Melayu juga berkenaan filem dan budayanya.Sebenarnya, saya bukanlah penggemar filem Melayu. Jangan salah faham, saya juga bukanlah penggemar 100% filem Inggeris. Saya cuma gemarkan filem yang mampu membuat saya berfikir seperti Six Sense, The Other dan Secret Window.Filem2 perang dan bergaduh tidak tentu fasal seperti filem2 lakonan Van Damme dan Steven Siegal memang saya cukup anti dan meluat.Ada juga filem Melayu yang berkualiti seperti filem2 arahan Allahyarham P.Ramlee yang saya hafal kebanyakan dialognya dan filem2 lakonan Haji Azmil Mutafa seperti Mekanik dan Ali Setan. Dan yang terbaru, saya amat terhibur menonton Baik Punya Cilok. Bagi saya, inilah sebenarnya filem terbaik Malaysia kerana ianya lain dari yang lain dan tidak pula perlu menggadai maruah bangsa seperti filem2 lainSaya tidak pernah menonton filem Gubra arahan Yasmin yang telah memenangi anugerah Filem Terbaik. Sebabnya mudah. Kerana saya meluat dengan filem Sepet yang jelas meletakkan maruah wanita Melayu sebegitu rendah hingga mudah mendedahkan paha dan mudah diusung oleh bangsa asing. Tambahan, saya telah membaca artikel tulisan Faisal Tehrani berjudul 'Gubra Yang Sesat Lagi Menyesatkan'.Berdasarkan pembacaan, saya dapat menggambarkan Gubra sebagai satu lagi filem seperti Sepet yang kononnya cuba menyingkap kebenaran atau realiti masyarakat Melayu. Kononnya, apa yang berlaku di dalam Gubra adalah apa yang berlaku dalam masyarakat hari2 kaum Melayu di Malaysia termasuklah adegan berkemban sepanjang hari dan gurauan berunsur lucah oleh pasangan suami isteri di hadapan anak2.Saya tidak tahu. Mungkin benar ibu Yasmin berkemban sepanjang hari di dalam rumah tetapi tidak ibu saya. Dan hasil pertanyaan kepada teman2, saya belum jumpa lagi siapa2 yang mengaku ibu bapa mereka berkelakuan sebegitu.
Mengapa? Kerana masyarakat Melayu yang MESTI beragama Islam ini bergitu sensitif dengan perihal seks dan menganggapnya taboo atau sesuatu yang memalukan untuk dibicarakan secara terbuka.Jadi saya tidak tahu di mana letaknya kebenaran ayat Gubra menyingkap realiti masyarakat Melayu. Ops.... Maaf. Saya tidak menonton filem ini. Maka saya tidak layak berbicara panjang lebar tentangnya. Hanya yang saya tertarik, jika benar masyarakat Melayu Malaysia ini 'berpenyakit', apakah logik atau munasabah untuk kita paparkannya di layar perak? Apakah kesan yang boleh kita perolehi?Benar, jika sakit kita perlu berubat. Dan amat benar, jika memang sudah sakit, lebih baik kita mengaku saja. Tetapi, kena lihat juga kepada siapa kita mengaku. Dan apakah sama tindakan mengaku dengan memukul canang?
Seperti seorang yang berpenyakit kurap, apakah kita lihat ianya sebuah perkara yang masuk akal untuk dia pergi ke mikrofon masjid dan umumkan kepada orang kampung bahawa dia berpenyakit itu?Lawak, bukan? Jadi, untuk apakah perlunya dibikin sebuah filem yang mencemarkan, walaupun menyatakan kebenaran tentang masyarakat Melayu?
Benar, kita perlu mengaku kenyataan bahawa kita berpenyakit. Tetapi, mengakulah kepada doktor. Supaya kita dapat diberi rawatan yang sepatutnya.
Bukannya dengan membuat pengumuman di surau dan masjid hingga akhirnya kita sendiri yang ditertawakan.Itu dari soal maruah pada mata masyarakat asing. Bagaimana pula dengan maruah orang yang melakonkan adengan itu? Apakah, atas nama seni, kita akan dibebaskan dari hukuman mendedahkan aurah dan bersentuhan dengan jantina bertentangan tanpa hubungan mahram di akhirat kelak? Bagaimana pula dengan kita yang bukan sahaja berdiam diri bahkan menyokong dengan mengangkat filem ini sebagai yang terbaik?Seperti baru2 ini kecoh orang memperkatakan tentang adegan filem Remp-It yang memaparkan adegan seks yang terlalu panas sehingga seolah2 ianya sebuah filem barat. Sesetengah orang yang saya temui berkata tidak ada salahnya kerana adegan sebegitu memang sedia disiarkan di televisyen kita dalam filem dan drama import. Betul, tetapi persoalannya, bagaimana pula maruah 'orang kita' yang melakonkan babak tersebut?Sebenarnya, kita telah terlalu biasa dengan adegan maksiat seperti berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Malah kita juga sudah menganggap biasa melihat adegan mereka berpeluk. Sedangkan itu tetap haram. Tetapi, jika adegan jijik seperti dalam filem ini dibiarkan, apakah kita tidak bimbang anak cucu kita nanti akan sedia menganggap ianya perkara yang biasa juga?Saya menyanjungi filem Castello (yang saya tidak tonton sepenuhnya) yang cuba mendedahkan realiti masyarakat hari ini. Paling menarik adegan anak Castello yang cuba mendapatkan dadah dari Que Haidar (maaf jika tersalah eja) yang akhirnya menyaksikan dia diperkosa oleh beberapa lelaki. Pengarah mengambarkan keadaan ini hanya dengan coli dan seluar dalam yang berteraburan di lantai.Tetapi kita boleh faham apa yang terjadi. Inilah yang dinamakan seni.
Penyampaian secara indirect dan dapat pula difahami. Tidak perlu ada adegan perempuan bertenggek atas badan lelaki. Tidak ada juga adegan yang menampakkan punggung. Mungkin babak kejar mengejar antara Rosyam dan Que dalam Sungai Kelang agak tidak realistik tetapi pada kenyataannya, inilah baru boleh dipanggil menyatakan realiti masyarakat.Saya bukan hendak promosi filem ini tetapi saya berpendapat jika betul hendak menyedarkan masyarakat, berbuatlah seperti pengarah filem ini. Tidak perlu keterlaluan mengutuk bangsa sendiri dan tidak perlu keterlaluan menunjukkan sifat jelek kepunyaan bangsa kita. Hakikatnya, dari filem itu, sedikit sebanyak kita masih dapat mengenal kepincangan masyarakat sendiri.Filem mencerminkan identiti dan budaya sesebuah masyarakat. Mungkin ramai bersetuju jika dikatakan perempuan di Amerika murah² belaka kerana filem2 mereka sememangnya menggambarkan sedemikian. Dan alangkah sedihnya kita jika orang luar akan menyangka gadis Melayu juga murah seperti murahnya watak2 dalam filem2 yang dipaparkan oleh mereka yang kononnya mengangkat martabat seni masyarakat Melayu.Jika benar hendak bercerita tentang realiti, ceritalah tentang anggota polis yang rasuah, menteri kabinet yang korup atau sistem kerajaan yang lemah. Tidak berani, bukan? Nyata. Mereka ini hanyalah bertopengkan seni untuk kesenangan peribadi...Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri.Wabillahitaufiq walhidayah.Wassalamualaikum warahmatullah…
SUMBER DARI : http://abunaqibah.blogspot.com